Sunday, July 11, 2010

Berfikir vs Thinking

Tengok jam...
Dah pukul 3.28 pagi...
Mata dah Layu Tapi degil taknak tido..
Bila Sorang-sorang ni mula la otak melayang entah kemana...

Muncul persoalan tiba-tiba..
Betulkah saya akan dengan kamu...?????
Kamu pikir kamu akan dengan saya??
Kenapa saya pilih kamu..???
Kenapa kamu pilih saya???


Aku sudah ada jawapan untuk itu...

Seterusnya....

Aku senyum lebar nampakkan dua lesung pipit di pipi ;-)...dan..ZzZzZzZzZzZ..
yeah!!! i'm sleeping beauty baby!!

Sunday, June 20, 2010

Aquarius



That's me..an Aquarius girl.. :-)
Lahir pada 30 January 1985, di Hospital Universiti KL..

Yang Dapat aku search tentang Aquarius. Dari gambar di atas..

Erti : Penuang Air

Simbol : Dua Garisan Gelombang

Sifat-sifat menonjol si Aquarius ni..hmm..ada tak kat aku??

Berjiwa besar, rela berkorban dan memiliki perasaan yang halus.Seorang yang mudah memaafkan dan senang memberi pertolongan. Sopan dan sangat berhati-hati dalam percakapan(yeke..?i ni main belasah je cakap).Ada cinta yang baik dan senang berkawan dengan sesapa je..

PERCINTAAN

Perasaan peka dan mudah tersinggung..

PERGAULAN

Aquarius adalah orang yang setia kawan dan sabar, menjadi sahabatnya adalah suatu hal yang menyenangkan. Apalagi ia rela berkorban demi sahabatnya. Ia juga ringan tangan dan tak suka mencampuri urusan orang lain.

PEKERJAAN

Pekerjaan rutin menjadikannya bosan, jadi ia lebih sesuai dengan pekerjaan yang mendatang. Ia juga seorang yang teliti , sehingga pekerjaan yang dianggap sulit oleh orang lain akan mudah dikerjakan olehnya. Dan apabila sedang mengerjakan sesuatu yang disukainya, ia akan menjadi orang yang super buzy.

Pekerjaan yang sesuai :

Pengarang, Pengusaha biro perjalanan, Ahli teknik, Pilot.(Sesuai ke dgn aku ni?)

PERKAHWINAN

Walaupun melambatkan perkahwinan dan bercinta bertahun-tahun, namun ketika sudah berumah tangga, ia akan menjadi pasangan yang setia.

REZEKI

Rezeki sentiasa ada takkan putus.

SIFAT-SIFAT POSITIF:

Sabar, adil, rela berkorban, pemaaf, ringan tangan, bertanggung jawab, dan jujur

SIFAT-SIFAT NEGATIF:

Boros, sombong, mudah tersinggung, dan tak suka dikritik.


MACAMANA? ADA TAK CIRI AQUARIUS?

Tentang Aku


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua..
Hai..nama saya Elia Lailey Azhar. Kawan2 semua panggil Lia. Tak ada yang menarik tentang saya. Masih belajar di semester yang terakhir di UiTM. I'm creating my own blog, sebab nak share dan jadikan blog sebagai teman untuk bercerita perkara-perkara yang kadang-kadang tak dapat kita luahkan pada sesapa..... :-)